Orang ramai di sekitar London semalam
terpukau dengan aksi terbaru ahli silap mata Dynamo apabila dia
‘terapung-apung’ di sisi bas dua tingkat, semalam. Penghibur kelahiran Bradford
itu berada di kira-kira 4.6 meter di udara di sisi bas sambil menyeberangi
Jambatan Westminster di London.
Sambil tersenyum ke arah kamera, Dynamo, 30,
terus ‘terapung-apung’ sambil sebelah tangannya diletakkan pada bumbung bas
berkenaan.Dynamo - atau nama sebenarnya Steven Frayne - melakukan aksi itu
dengan bantuan polis yang memastikan laluan digunakan bebas daripada sebarang
kenderaan lain.
Beberapa individu bertuah diberi peluang
menaiki bas dua tingkat yang bergerak seiringan dengan Dynamo dan mereka
kelihatan takjub dengan persembahan itu. Mereka juga tidak melepaskan peluang
merakamkan aksi itu menggunakan kamera masing-masing. Aksi itu menarik
perhatian kerana orang ramai gagal menjelaskan bagaimana Dynamo boleh ‘terbang’
begitu tanpa sebarang alat bantuan.Dynamo kini menjadi wajah terbaru untuk
promosi minuman Pepsi Max.
Sebelum ini Dynamo pernah memukau orang ramai
dengan pelbagai helah unik, termasuk kemampuannya berjalan di atas air. Namanya
menjadi sebutan pada tahun 2011 apabila dia ‘berjalan’ melintasi Sungai Thames
sambil mempromosikan siri terbarunya di televisyen bertajuk Magician
Impossible.
Di samping itu, dia juga pernah
‘mengapungkan’ selebriti Britain, Matt Lucas di depan orang ramai di Stadiuam
Emirates dan menukar tiket loteri menjadi wang tunai di depan Robbie Williams
serta Davina McCall.-mymetro
No comments:
Post a Comment